Senin, 06 Desember 2010

APA HUKUM MEMAKAI PARFUM BERALKOHOL.??

Perfume/kosmetik
beralkohol merupakan
masalah baru yang tidak
ada pada masa Rasulullah
saw, maka dalam
mengambil hukum
para ulama menggunakan
ijtihad. Berdasar
penjelasan dari :
1. Majlis Fatwa
Kebangsaan Malaysia
2. Lembaga fatwa Al-
Azhar
3. Majlis Muzakarah Panji
Masyarakat
4. Fatwa Syeikh Sya'rawi
rh
Hukum menggunakan
Perfume kosmetik adalah
boleh, tidak haram dan
tidak najis.
Majlis Fatwa Kebangsaan
Malaysia mengenai
hukum alkohol.
Alkohol terdiri daripada
berbagai-bagai bahan
bahan kimia iaitu Ethanol
atau ethyl alkohol,
Bothanal dan lain-lain
lagi. Dalam
minuman keras ethanol,
ialah bahan yang
menyebabkan mabuk dan
ia merupakan bahan yang
terbanyak sekali
dicampurkan.
1) Setiap minuman arak
mengandungi alkohol
bukan alkohol itu dari
arak. Alkohol dari proses
pembuatan arak
hukumnya haram dan
najis, tetapi alkohol yang
dibuat bukan melalui
proses pembuatan arak
maka hukumnya tidak
najis dan tidak haram
diminum.
2) Minuman ringan yang
dibuat sama caranya
dengan arak samaada
mengandungi sedikit
alkohol atau alkoholnya
disulingkan adalah haram
diminum.
3) Minuman yang dibuat
bukan untuk dijadikan
arak atau bukan yang
memabukkan dan tidak
sama caranya dengan
proses arak adalah halal
diminum.
4) Alkohol yang terjadi
sampingan dalam proses
pembuatan makanan
tidak najis dan halal
dimakan.
5) Ubat-ubatan dan
pewangi yang ada
kandungan alkohol
adalah dimaafkan.
Menurut kitab"AlFiqh Al-
Muzahibil ar'baah "
dalam bab "An najasat
juzu 1, Alkohol yang
dimasukkan ke dalam
minyak wangi untuk
menahan minyak wangi
agar tahan lama atau
untuk menaikkan roti
adalah boleh.
Bersandarkan kepada
kenyataan ini boleh
dikiaskan kepada
penggunaan alkohol
dalam minuman ringan.
Jawatan kuasa fatwa
telah memberitahu
bahawa alkohol ialah
nama yang digunakan di
dalam kaedah saintifik
kepada sebatian yang
mempunyai senyawa
(OH). Dua jenis alkohol
yang paling baik ialah
1. Methyl alkohol
(Methanol) atau alkohol
(kayu)
2. Ethily alkohol (Ethanol)
atau alkohol biji-bijian.
Methyl alkohol
(methanol) tidak
digunakan untuk
minuman kerana ia
merupakan racun yang
kuat, manakala ethly
alkohol digunakan
sebagai campuran di
dalam minuman keras.
Penyediaan alkohol boleh
dibuat melalui dua cara,
iaitu:
a. Penyediaan dalam
makmal
b. Penyediaan dalam
industri.
Alkohol amat berguna
sebagai bahan aktif
dalam minuman,
makanan dan ubat-
ubatan dan sebagai
bahan pelarut seperti
untuk kosmetik dan
minyak wangi.
Pada umunnya alkohol
adalah bahaya dan
beracun ia ada daya
pembunuh dan
memabukkan serta
merosakkan anggota
tubuh badan. Arak adalah
memabukkan dan ia
adalah haram seperti
sabda nabi S.A.W "Setiap
yang memabukkan itu
haram. Setiap yang
memabukkan arak.
Setiap yang memabukkan
itu arak dan setiap yang
memabukkan itu
haram." (HR Muslim)
Lembaga Fatwa Al-Azhar
berpendapat bahawa
alkohol itu tidak najis
manakala arak tetap
najis.
Setelah membincangkan
perkara ini dengan
panjang lebar maka
jawatankuasa mengambil
keputusan bahawa
minuman ringan yang
dibuat sama caranya
dengan arak adalah
haram. Alkohol yang
terjadi sampingan dalam
proses pembuatan
makanan tidak
najis dan boleh di makan.
Ubat-ubatan dan pewangi
yang ada kandugan
alkohol adalah boleh dan
dimaafkan.
Hasil muzakarah Majlis
Muzakarah al-Azhar Panji
Masyarakat
(Islam dan masalah-
masalah
kemasyarakatan,
terbitan pustaka
panjimas, Jakarta, tahun
1983, hal. 427):
MEMAKAI ALKOHOL DAN
MINYAK WANGI
Mengenai alkohol di
dalam minyak wangi,
telah majelis terangkan.
Bimbingan pribadipun
telah menguraikannya
pada Panjimas yang baru
lalu. Hukumnya tidak
haram. Memakai minyak
wangi, malah disunatkan.
Namun sekedar
tambahan bagi saudara,
Majelis terangkan jualah,
sepanjang Majelis
ketahui, yakni:
Alkohol, adalah sebangsa
gas cair (fluida).
Gas mempunyai sifat:
- Kemampuan berpindah
tempat dengan
kecepatan yang besar
dan mempunyai tenaga
kinetik tinggi. Energi
kinetik akan menaik, bila
temperatur menaik
(dinaikkan).
- Campuran molekul-
molekul gas, adalah
merata. Molekul gas
bergerak bebas ke segala
arah dalam garis lurus
dan tidak hilang
energinya, akibat
tubrukan antara sesama
molekul tadi itu.
- Menempati volume yang
lebih besar, dibandingkan
dengan zat padat atau
cair dalam berat yang
sama.
Oleh kerana sifat-sifat
yang diterangkan di atas,
maka setetes minyak
wangi, yang telah
beremulasi dengan gas
(dalam hal ini alkohol
yang dicairkan tadi),
maka bau wangi itu ikut
dibawa sebar dengan
cepat dan ruang sebar
(volume sebar)nya pun
sama dengan ruang
alkohol tadi yang
mempunyai energi
kinetik: Ek=1/2 mv2.
Pendapat almarhum
Syeikh Sya'rawi rh di
dalam Anta tas'al Wa
Islam tujib.:
Soal: Apakah memakai
perfume yang
mengandungi alkohol
haram hukumnya?
Jawab: Memakai perfume
yang mengandungi
alkohol halal hukumnya.
Alkohol menjadi haram
jika diminum untuk
bermabuk-mabuk.
Jika ia dipakai untuk
tujuan baik, contohnya
untuk bahan bakar,
hukumnya tidak haram.
Alkohol tidak najis. Ada
beberapa negara Islam
melarang import Eau'De
Cologne yang
mengandungi alkohol.
Misalnya disalahgunakan
untuk diminum dan
bermabuk-mabuk.
Wanita boleh memakai
perfume hanya di dalam
rumah sahaja. Jika keluar
rumah, dilarang
memakainya. Sebab,
dapat mengundang
perhatian lelaki dan
memberi rangsangan.
Kesimpulan
Berdasarkan penjelasan
di atas, dapat kita fahami
bahawa alkohol yang
terdapat di dalam
perfume adalah suci dan
boleh dipakai untuk
mengerjakan
sembahyang tanpa ragu-
ragu lagi.

4 komentar:

  1. berarti tdk masalah kan kalau kita memakai parfum yg beralkohol ketika shalat ???

    BalasHapus
  2. Terima kasih infonya gan, mantabbbsss.
    Ditunggu postingan2 lainnya.

    Gema Parfum :
    Jenis parfum cewek terbaik.

    -------------

    BalasHapus
  3. tanks atas infonya...
    izin share ya

    BalasHapus
  4. BANTU PROSES KARTU KREDIT BANK BNI SYARIAH
    BNI Syariah Hasanah Card Classic credit card
    BNI Syariah Hasanah Card Classic
    Mencari kartu kredit yang menggunakan prinsip syariah? BNI Syariah Hasanah Card Classic jawabannya yang menggunakan Akad Kafalah, Qardh, dan Ijarah.
    INFO pin 582F4A2E TLP/SMS/WA DI 085600125176/FB CHAIRUL ICHSAN BUANA atau di duniabuana@rocketmail.com. alamat email di rooly88@gmail.com, melayani nasabah di seluruh nusantara
    BP CHAIRUL SARTO UTOMO untuk
    KANTOR BASECAMP DIVISI MARKETING DI
    JL PANDA BARAT V NO 7
    Berikut Alamat dan Nomor Telepon Bank BNI Syariah Kantor Cabang Semarang.
    Alamat: Jl Ahmad Yani No. 152, Semarang 50242.
    Nomor Telepon: (024) 831 3247 831 5027
    Nomor Faks: (024) 831 3217
    karyawan lampirkan syarat fc ktp slip gaji min 3 juta npwp wajib, wiraswasta lampirkan fc ktp,npwp,siup dan tdp untuk wiraswasta wajib ada no fixline ( telp kabel ) di tempat usahanya
    proses berkas dikirim via emai/wa/line/bbm dan 100% aman bisa hub no bni syariah ahmad yani untuk menanyakan nama saya ,atau
    BNI Syariah Call Center 500046 atau 68888 melalui ponsel.
    proses kurang lebih 14 hari kerja, TERIMA KASIH

    BalasHapus