Minggu, 26 Desember 2010

Bag.II -SHOLAT DLUHA APAKAH HARUS BACA ASYAMSI DAN ADDLUHA.??

Hadist
riwayat .Ahmad, Muslim
dan Abu Daud,
Abu Dzar r.a., dia
berkata, Rasulullah SAW.,
bersabda, “Setiap tulang
dan persendian badan
dari kamu ada
sedekahnya; setiap tasbih
adalah sedekah, setiap
tahmid adalah sedekah,
setiap tahlil adalah
sedekah, setiap takbir
adalah sedekah, setiap
amar ma ’ruf adalah
sedekah dan setiap nahi
munkar adalah sedekah.
maka, yang dapat
mencukupi hal itu
hanyalah dua raka ’at
yang dilakukannya dari
shalat dua. ”
Menurut mazhab jumhur
ulama iaitu Imam Malik,
Syafie dan Ahmad, solat
ini hukumnya sunat
muakkad (sunat yang
sangat dituntut)
sedangkan Imam Abu
Hanifah hanya
memandangnya sebagai
suatu amalan sunat biasa.
“ Justeru, sunah yang
ditinggalkan Baginda
Rasulullah ini eloklah
dijadikan amalan
bertepatan dengan hadis
yang bermaksud:
Junjunganku tercinta,
Nabi Muhammad s.a.w.
telah berwasiat supaya
aku mengerjakan tiga
perkara iaitu: Berpuasa
tiga hari pada tiap-tiap
bulan (13, 14 dan 15
haribulan daripada bulan
Qamariah), mengerjakan
dua rakaat solat Dhuha
dan juga supaya aku
mengerjakan solat Witir
pada dasarnya ia adalah
sunat hukumnya malah
Baginda jua tidak
melaksanakannya dalam
bentuk yang konsisten.
Hal ini diterangkan oleh
Aishah: “Aku tidak
pernah melihat
Rasulullah s.a.w.
mendirikan sembahyang
sunat Dhuha.
Sesungguhnya aku
mendirikan sembahyang
Dhuha walaupun
Rasulullah
meninggalkannya. Tetapi
pada hakikatnya Baginda
suka melakukannya, ini
adalah kerana Baginda
bimbang jika selalu
mengamalkannya, orang
ramai akan mewajibkan
ke atas diri
mereka. ” (Riwayat
Muslim).
Yang masyhur di
kalangan para ulama
adalah paling minimum
dua rakaat sahaja dan
bilangan yang maksimum
adalah lapan rakaat.
Cuma terdapat juga
pendapat sebilangan
ulama yang
mencadangkan bilangan
yang paling afdal iaitu
empat rakaat (dilakukan
secara dua kali salam). Ini
bersandarkan hadis
Aishah (Riwayat Imam
Abu Daud) menjelaskan
bahawa Nabi
melakukannya sebanyak
empat rakaat. Begitu
juga hadis Qudsi yang
disampaikan oleh Nu ’aim
yang bermaksud: “Wahai
anak Adam! Usahlah
dikau lemah daripada
mengerjakan empat
rakaat Dhuha. Demikian
itu pasti melengkapi
kebajikan genap satu hari
yang dikau
jalani. ” (Riwayat Imam
Abu Daud dengan sanad
yang sahih)
Solat ini juga
diriwayatkan berjumlah
enam rakaat (tiga kali
salam) seperti hadis Nabi
yang disebutkan oleh
Jabir bin Abdullah.
(Riwayat Imam al-
Tabarani)
Dalam pada itu, ada juga
riwayat yang oleh Anas
bin Malik menjelaskan
bahawa Nabi s.a.w.
bersabda: “Barang siapa
yang menunaikan solat
sunat Dhuha sebanyak 12
rakaat maka nescaya
Allah s.w.t. akan
membina sebuah mahligai
di dalam syurga
kelak.” (Riwayat Imam al-
Tirmizi)
Tegasnya, bilangan yang
masyhur adalah antara
dua hingga lapan rakaat.
(Kitab al-Majmu ’
karangan Imam Nawawi).
Adapun kelebihan
sembahyang Dhuha itu
sepertimana di dalam
kitab "An-Nurain" sabda
Rasullullah Sallallahu
‘alaihi Wasallam yang
maksudnya : "Dua rakaat
Dhuha menarik rezeki
dan menolak kepapaan."
Dalam satu riwayat yang
lain Rasulullah Sallallahu
'Alaihi Wasallam
bersabda yang
maksudnya :
"Barangsiapa yang
menjaga sembahyang
Dhuhanya nescaya
diampuni Allah baginya
aku segala dosanya
walaupun seperti buih
dilautan."
(Riwayat Ibnu Majah dan
At-Tirmidzi)
" Barangsiapa yang
menunaikan sembahyang
sunat Dhuha sebanyak
dua rakaat tidak ditulis
dia daripada orang-orang
yang tidak lalai daripada
mengingati Allah dan
barangsiapa yang
menunaikan nya
sebanyak empat rakaat
ditulis akan dia daripada
orang-orang yang suka
beribadat dan
barangsiapa yang
menunaikannya sebanyak
enam rakaat dicukupkan
baginya pada hari
tersebut, barangsiapa
menunaikanyan sebanyak
lapan rakaat Allah
menulis baginya daripada
orang-orang yang selalu
berbuat taat, barang
siapa yang
menunaikannya sebanyak
dua belas rakaat Allah
akan membina baginya
mahligai didalam syurga
dan tidak ada satu hari
dan malam melainkan
Allah mempunyai
pemberian dan sedekah
kepada hamba-hambaNya
dan Allah tidak
mengurniakan kepada
seseorang daripada
hamba-hambaNya yang
lebih baik daripada
petunjuk supaya sentiasa
mengingatiNya,"
( Riwayat At-Thabarani )
12 Oktober jam 22:50 · Suka · 1 ·
Hapus
Tanya Jawab Masalah
Islam Meskipun bernilai
sunnah, shalat ini
mengandung manfaat
yang sangat besar bagi
umat Islam. Rasulullah
bersabda di dalam
Hadists Qudsi : “Allah
SWT berfirman, “Wahai
anak Adam, jangan
sekali-kali engkau malas
mengerjakan empat
rakaat shalat dhuha,
karena dengan shalat
tersebut, Aku cukupkan
kebutuhanmu pada sore
harinya. ” (HR Hakim dan
Thabrani).
kalau yang akhi katakan
bahwa bisa diganti
dengan ayat kursi dan
alhilas pada dua rakaat
duha. saya belum
menemukan
dalilnya .wallohu'alam

Tidak ada komentar:

Posting Komentar