Jumat, 03 Desember 2010

BAGAIMANA HUKUM MENGGUNAKAN MINYAK WANGI BERALKOHOL UNTUK SHOLAT.??

Perfume/kosmetik beralkohol
merupakan masalah baru yang
tidak
ada pada masa Rasulullah saw,
maka dalam mengambil hukum
para ulama menggunakan ijtihad.
Berdasar penjelasan dari :
1. Majlis Fatwa Kebangsaan
Malaysia
2. Lembaga fatwa Al-Azhar
3. Majlis Muzakarah Panji
Masyarakat
4. Fatwa Syeikh Sya'rawi rh
Hukum menggunakan Perfume
kosmetik adalah boleh, tidak
haram
dan tidak najis.
Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia
mengenai hukum alkohol.
Alkohol terdiri daripada berbagai-
bagai bahan bahan kimia iaitu
Ethanol atau ethyl alkohol,
Bothanal
dan lain-lain lagi. Dalam
minuman keras ethanol, ialah
bahan
yang menyebabkan mabuk dan ia
merupakan bahan yang terbanyak
sekali dicampurkan.
1) Setiap minuman arak
mengandungi alkohol bukan
alkohol
itu dari arak. Alkohol dari proses
pembuatan arak hukumnya haram
dan najis, tetapi alkohol yang
dibuat
bukan melalui proses pembuatan
arak maka hukumnya tidak najis
dan tidak haram diminum.
2) Minuman ringan yang dibuat
sama caranya dengan arak
samaada
mengandungi sedikit alkohol atau
alkoholnya disulingkan adalah
haram diminum.
3) Minuman yang dibuat bukan
untuk dijadikan arak atau bukan
yang memabukkan dan tidak
sama
caranya dengan proses arak
adalah
halal diminum.
4) Alkohol yang terjadi sampingan
dalam proses pembuatan makanan
tidak najis dan halal dimakan.
5) Ubat-ubatan dan pewangi yang
ada kandungan alkohol adalah
dimaafkan.
Menurut kitab"AlFiqh Al-Muzahibil
ar'baah " dalam bab "An najasat
juzu 1, Alkohol yang dimasukkan
ke
dalam minyak wangi untuk
menahan minyak wangi agar
tahan
lama atau untuk menaikkan roti
adalah boleh.
Bersandarkan kepada kenyataan
ini
boleh dikiaskan kepada
penggunaan
alkohol dalam minuman ringan.
Jawatan kuasa fatwa telah
memberitahu bahawa alkohol ialah
nama yang digunakan di dalam
kaedah saintifik kepada sebatian
yang mempunyai senyawa (OH).
Dua jenis alkohol yang paling baik
ialah
1. Methyl alkohol (Methanol) atau
alkohol (kayu)
2. Ethily alkohol (Ethanol) atau
alkohol biji-bijian.
Methyl alkohol (methanol) tidak
digunakan untuk minuman kerana
ia
merupakan racun yang kuat,
manakala ethly alkohol digunakan
sebagai campuran di dalam
minuman keras.
Penyediaan alkohol boleh dibuat
melalui dua cara, iaitu:
a. Penyediaan dalam makmal
b. Penyediaan dalam industri.
Alkohol amat berguna sebagai
bahan aktif dalam minuman,
makanan dan ubat-ubatan dan
sebagai bahan pelarut seperti
untuk
kosmetik dan minyak wangi.
Pada umunnya alkohol adalah
bahaya dan beracun ia ada daya
pembunuh dan memabukkan serta
merosakkan anggota tubuh badan.
Arak adalah memabukkan dan ia
adalah haram seperti sabda nabi
S.A.W "Setiap yang memabukkan
itu haram. Setiap yang
memabukkan arak. Setiap yang
memabukkan itu arak dan setiap
yang memabukkan itu haram." (HR
Muslim)
Lembaga Fatwa Al-Azhar
berpendapat bahawa alkohol itu
tidak najis manakala arak tetap
najis.
Setelah membincangkan perkara
ini
dengan panjang lebar maka
jawatankuasa mengambil
keputusan
bahawa minuman ringan yang
dibuat sama caranya dengan arak
adalah haram. Alkohol yang terjadi
sampingan dalam proses
pembuatan makanan tidak
najis dan boleh di makan.
Ubat-ubatan dan pewangi yang
ada
kandugan alkohol adalah boleh dan
dimaafkan.
Hasil muzakarah Majlis Muzakarah
al-Azhar Panji Masyarakat
(Islam dan masalah-masalah
kemasyarakatan, terbitan pustaka
panjimas, Jakarta, tahun 1983, hal.
427):
MEMAKAI ALKOHOL DAN MINYAK
WANGI
Mengenai alkohol di dalam minyak
wangi, telah majelis terangkan.
Bimbingan pribadipun telah
menguraikannya pada Panjimas
yang baru lalu. Hukumnya tidak
haram. Memakai minyak wangi,
malah disunatkan. Namun sekedar
tambahan bagi saudara, Majelis
terangkan jualah, sepanjang Majelis
ketahui, yakni:
Alkohol, adalah sebangsa gas cair
(fluida).
Gas mempunyai sifat:
- Kemampuan berpindah tempat
dengan kecepatan yang besar dan
mempunyai tenaga kinetik tinggi.
Energi kinetik akan menaik, bila
temperatur menaik (dinaikkan).
- Campuran molekul-molekul gas,
adalah merata. Molekul gas
bergerak
bebas ke segala arah dalam garis
lurus dan tidak hilang energinya,
akibat tubrukan antara sesama
molekul tadi itu.
- Menempati volume yang lebih
besar, dibandingkan dengan zat
padat atau cair dalam berat yang
sama.
Oleh kerana sifat-sifat yang
diterangkan di atas, maka setetes
minyak wangi, yang telah
beremulasi dengan gas (dalam hal
ini alkohol yang dicairkan tadi),
maka
bau wangi itu ikut dibawa sebar
dengan cepat dan ruang sebar
(volume sebar)nya pun sama
dengan ruang alkohol tadi yang
mempunyai energi kinetik: Ek=1/2
mv2.
Pendapat almarhum Syeikh
Sya'rawi rh di dalam Anta tas'al Wa
Islam tujib.:
Soal: Apakah memakai perfume
yang mengandungi alkohol haram
hukumnya?
Jawab: Memakai perfume yang
mengandungi alkohol halal
hukumnya. Alkohol menjadi haram
jika diminum untuk bermabuk-
mabuk.
Jika ia dipakai untuk tujuan baik,
contohnya untuk bahan bakar,
hukumnya tidak haram. Alkohol
tidak najis. Ada beberapa negara
Islam melarang import Eau'De
Cologne yang mengandungi
alkohol. Misalnya disalahgunakan
untuk diminum dan bermabuk-
mabuk.
Wanita boleh memakai perfume
hanya di dalam rumah sahaja. Jika
keluar rumah, dilarang
memakainya. Sebab, dapat
mengundang perhatian lelaki dan
memberi rangsangan.
Kesimpulan
Berdasarkan penjelasan di atas,
dapat kita fahami bahawa alkohol
yang terdapat di dalam perfume
adalah suci dan boleh dipakai untuk
mengerjakan sembahyang tanpa
ragu-ragu lagi.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar